Isu KKGLMSM

ISU-ISU KKGLMSM KE KONGRES

1. Lantikan EX-PPLD ke DG42
Guru-guru PPPLD yang telah melepasi umur 50 tahun dicadangkan terus ke DG42 tanpa perlu menghadiri sebarang kursus.

2. Berkaitan Cuti Rehat Kakitangan Awam (Pekeliling Perkhidmatan Bil.14/2008)
Berkuatkuasa 1 Januari 2009, Cuti PPP EX-PPPLD di KPM,JPN dan PPD lantikan 2009 dikurangkan dari 35 hari setahun kepada 25 hari setahun. KKGLMSM mencadangkan cuti 35 hari setahun dikembalikan kepada kumpulan berkenaan.

3. Cuti Rehat Khas 7 hari ke 15 hari
KKGLMSM memohon agar warga pendidik diberikan Cuti Rehat Khas 15 hari.

4. Nisbah guru dan murid dari 1:5 kepada 1:7.

5. Pelaksanaan pemberian Insentif Profesiensi Bahasa Inggeris (IproBI) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2014.

6. Bantuan perkapitan ke sekolah-sekolah dikaji semula.

7. Syarat wajib NPQEL bagi lantikan pengetua dan guru besar.
KKGLMSM mencadangkan agar pelantikan pengetua dan guru besar berdasarkan pengalaman terlebih dahulu sebelum mengikuti kursus tersebut.

KAJIAN SEMULA : PBS MESRA GURU

KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu 1 : DSP yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.

Pengenalan kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) membantu guru dalam mentaksir dan membuat penilaian mereka sendiri tanpa terikat dengan DSP.

Isu 2 : Pengurusan fail yang rencam meliputi fail perkembangan murid dan rekod transit.

Guru tidak lagi menyediakan fail perkembangan murid dan rekdo transir. guru hanya perlu menyesuaikan masa  dalam proses perekodan perkembangan murid.

Isu 3 : Perekodan prestasi murid melalui sistem atas talian sukar diakses dan mengambil masa yang lama.

Sistem perkedoan atas talian dibatalkan dan guru hanya perlu membuat perekdoan dalaman sahaja.

PERJUMPAAN YBHG. DATO' SRI DR ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA DENGAN 28 PEMIMPIN KESATUAN DAN PERSATUAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TARIKH : 30 APRIL 2013
HARI : SELASA
TEMPAT : BILIK MESYUARAT KSN, PUTRAJAYA
1. Mewujudkan Skim Perkhidmatan Bersepadu Pelajaran Persekutuan. Gabungan Skim Perkhidmatan Pegawai Lulusan Diploma dengan Skim Perkhidmatan Pegawai Siswazah seperti di Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2009.
2. Menambahbaik Cuti Rehat Tahun Guru ( CRK ) 7 hari setahun kepada 35 hari setahun bagi tujuan pemberian wang tunai GCR. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan Bilangan 18 Thaun 2008 dirujuk. Pekeliling Cuti berkaitan penjawat awam Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Ex-PPLD ( guru besar dan pegawai di KPM,JPN,PPD) lantikan 2009 dikurangkan 35 hari setahun kepada 25 hari setahun.
3. Menubuhkan sebuah organisasi Lembaga Tabung Kebajikan Guru di bawah seliaan KPM. Peranan utama ialah menjaga kebajikan, eknomi,social dan kesihatan seperti LTAT.
4. Mendapatkan pertimbangan KSU mengadakan peruntukkan bagi kemudahan sebuah komputer riba secara PERCUMA kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pelajaran, KPM. Usaha kerajaan memberi komputer secara percuma kepada 5.5 juta murid sekolah amatlah dialu-alukan seperti Janji Ditepati Kerajaan.
5. Menubuhkan sebuah organisasi professional yang berdaftar dan dikawal oleh KPM/KPT untuk menjaga kualiti dan intergriti guru utk keperluan kerajaan dan swasta. Organisasi ini dipanggil Majlis Guru Malaysia. Mreka yang berdaftar dan mempunyai sijil layak mengajar dan mengurus sekolah, pusat tuisyen, kolej dan institusi pelajaran. Contoh Majlis Peguam.
6. Kebenaran guru DG48 hingga DG54 yang tidak memegang jawatan pengurusan dan pentadbiran dibenarkan aktif dlm kesatuan guru. Ketika ini hanya guru DG44 dan DG41 yang dibenarkan aktif.
7. Nisbah guru-murid dari 1.5 ke 1.7 hendaklah dilaksanakan sepenuhnya untuk kejayaan KSSR dan KSSM dalam PPPM.
8. Penjenamaan semula IPG ke taraf Universiti untuk guru siswazah sekolah rendah dan menengah dlm KPM dan pasaarn terbuka tempatan dan luar Negara.
9. Penstrukturan semula untuk penambahbaikkan fungsi, tugas dan tanggungjawab KPM,JPN dan PPD seperti mana dalam PPPM melalui gelombang 1,2 dan 3 bermula tahun 2013 hingga 2025.
SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU


1. Struktur Gred tanpa had sekatan kenaikan gaji, boleh sampai ke Gred tertinggi dalam tempoh sebelum persaraan : DGA 29, DGA 32, DGA 34, DGA 38, DG 41, DG 48 dan DG 54.
2. PPPLD yang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah hendaklah dilantik ke Gred DG 42 sebagai hadiah galakan bukan dilantik ke Gred DG 41.
3. Semua guru PPPLD boleh mendapat Gred DGA 38.
4. Kuota Jawatan Pegawai Cemerlang diperbanyakan di KPM, JPN, PPD : Gred DG 41-DG 44, DG 44- DG 48, DG 48-DG 52, DG 52-DG 54.
5. Guru-guru PPPLD yang telah melepasi umur 50 tahun dicadangkan terus ke DG 42.
6. Jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan hakiki DG 44.

No comments:

Post a Comment